Ads 468x60px

i Luv Islam

Saturday 15 September 2012

Apakah Pelaburan Patuh Syariah?

Apakah Pelaburan Patuh Syariah? 
Pelaburan patuh syariah adalah pelaburan yang halal serta berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Bagi memastikan pelaburan dana tidak melanggar prinsip-prinsip Islam, setiap dana syariah dimestikan mempunyai 'Panel Penasihat Syariah' yang terdiri daripada individu yang mempunyai pengetahuan, kepakaran dan pengalaman terutamanya dalam bidang fiqh muamalah. Panel penasihat syariah ini bertanggungjawab memastikan pelaburan dana tidak dibuat dalam sekuriti syarikat yang mempunyai operasi berteraskan riba,perjudian,mengeluarkan dan menjual barangan haram serta mempunyai operasi melibatkan kegiatan yang mempunyai unsur gharar atau ketidakpastian.

0 comments:

Post a Comment