Ads 468x60px

i Luv Islam

Wednesday 19 December 2012

Hukum 72 Dalam Pelaburan

Berapa Tahun Untuk Menggandakan Wang Anda?

Andainya anda mempunyai duit sebanyak RM10 000 dan ingin dilaburkan…Agak-agaknya, bilakah duit anda ini boleh menjadi RM20 000…dan apakah instrument pelaburan yang sesuai untuk menggandakannya??

Jenis Pelaburan………….. Pulangan setahun………….. Tahun
Simpanan Tetap……………………..4%……………………    18
Bon………………………………… . 6%………………… ….   12
Unit Amanah………………………..12%…………… …… .    .6

Teknik mengganda wang anda penting jika ingin mengumpul kekayaan.
Hukum 72 menjawab soalan berapa lama masa bagi menggandakan wang sekiranya diketahui tempat ia bakal disimpan. Contoh sekiranya disimpan dalam simpanan tetap, masa yang diperlukan adalah 72/4 iaitu 18 tahun. Bagi pelaburan dalam unit amanah, masa yang diperlukan adalah 72/12 iaitu 6 tahun…

Jadi kita perlulah bijak untuk melabur agar mendapat gandaan pulangan secepat mungkin….tapi awas dengan skim cepat kaya!!!Tiada gunanya ia sampai pada sasaran tetapi kita pula sudah tua.

Contohnya jangka masa dimahukan bukannya 18 tahun tetapi 6 tahun sahaja. Daripada hukum 72, pulangan yang diperlukan ialah (72/6 = 12 peratus). Instrumen kewangan yang sesuai adalah unit trust.

3 Cara Membuat Pelaburan Dalam Unit Trust

Terdapat 3 cara untuk membuat pelaburan dalam Unit Trust Public Mutual iaitu :

1. Lump sum (sekaligus)
2. Regular savings (secara bulanan)
3. KWSP (Akaun 1 sahaja)


1. Lum sum

Lum sum bermaksud pelaburan sekali gus dalam satu amount…RM1000 atau RM10,000 atau RM100,000 tanpa melakukan pertambahan modal atau membuat penambahan. Sebarang dividen yang dibayar juga akan dilaburkan semula ke dalam modal atau anda boleh memilih untuk mengambil hasil dividen setiap tahun sebagi pendapatan pasif anda.
.
2. Regular Saving

Regular saving adalah bermaksud menyimpan secara bulanan melalui auto debit dari akaun bank / secara manual. Ianya tidak terikat pada mana-mana syarat, bergantung pada kemampuan pelabur dengan serendah minimum RM100 dengan tanpa ada tempoh matang/ikatan tertentu.

Melalui regular saving, pelabur boleh membuat pelaburan bertujuan sama ada untuk pendidikan anak, persaraan, simpanan, pelancongan, perkahwinan, membeli rumah atau sebagainya bergantung pada tujuan dan tempoh pelaburan yang anda ingini.
Kelebihan regular saving ialah anda akan membuat Ringgit Cost Averaging (RCA) di mana setiap bulan NAV (Nilai Aset Bersih) anda akan berada pada tahap purata dan ianya lebih menguntungkan bagi tempoh jangka panjang.
.
3. KWSP
Pelaburan melalui KWSP perlu memenuhi syarat-syarat tertentu seperti berikut :
  • Pengeluaran hanya dari Akaun 1 sahaja.
  • Perlu ada jumlah baki yang mencukupi (rujuk pada jadual simpanan minimum KWSP)
  • Boleh dikeluarkan setiap 3 bulan sekali selagi memenuhi syarat.
  • Minimum setiap pelaburan RM1000

Tuesday 18 December 2012

Pemenang Anugerah Dana Islamic

 
KUALA LUMPUR 15 Mei – Public Mutual Bhd. (Public Mutual), anak syarikat milik penuh Public Bank hari ini menerima Anugerah Dana Islam Failaka kategori Pengurus Dana Terbaik di Asia  daripada penasihat Failaka.

Anugerah Dana Failaka Islam ini diwujudkan oleh penasihat Failaka yang diiktiraf sebagai peneraju dalam penyelidikan dana Islam.Ia merupakan tanda aras bagi kecemerlangan dalam bidang pengurusan dana Islam dan melambangkan puncak kejayaan untuk pemenang-pemenang anugerahnya.

Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Penasihat Failaka, A. Mark J. Symth kepada beliau pada Majlis Makan Malam Anugerah Tahunan Public Mutual di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Hong Piow berkata, ini merupakan kali kedua Public Mutual menerima anugerah tersebut dan beliau amat bangga dengan pengiktirafan antarabangsa itu.
 
Anugerah ini mempamerkan komitmen Public Mutual yang sentiasa berusaha untuk memberikan nilai tambah kepada para pemegang unitnya.”Anugerah ini adalah hasil kerjasama kesemua ahli lembaga pengarah, badan pengurusan, kakitangan, pasukan agensi dan pemegang-pemegang unit Public Mutual atas semangat mereka yang membantu Public Mutual mencapai kecemerlangan ini,”
 
katanya ketika berucap di majlis tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 62 dana untuk lebih 1,800,000 pemegang akaun. Sementara itu, Symth berkata, Public Mutual menunjukkan prestasi konsisten dalam menguruskan dana-dana berlandaskan Syariah dan ini terbukti dalam pulangan dana-dananya.

Pada majlis ini, Public Mutual turut memberi penghargaan kepada kakitangan yang melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang 2007.Antara mereka ialah Steven Lim, Grace Loo, Adi Sasteria Nurputra, Joseph Chan Yew Hong, Hismazaitul Azmy dan S. Ramachandran P. Seevaratnam.


Public Mutual Pemenang Anugerah Terbanyak


Anak syarikat Public Bank, Public Mutual memenangi 8 dari 35 anugerah Anugerah dana Malaysia The Edge-Lipper yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 februari 2012. Ini merupakan tahun ke 9 berturut-turut Public Mutual muncul sebagai pemenang terbesar dimajlis anugerah tersebut.

Ketua pegawai eksekutif, Yeoh Kim Hong berkata Public mutual berasa bangga atas pencapaian cemerlang syarikat ini walaupun pasaran meruap di tahun 2011. ” anugerah-anugerah ini merupakan bukti jitu komitmen berterusan Public Mutual dalam mencapai prestasi cemerlang untuk dana-dana kami serta memenuhi keperluan yang pelbagai untuk pemegang-pemegang unit kami ” kata beliau.

Dengan memenangi anugerah ini, Public Mutual telah menerima sebanyak 186 anugerah industri. Public Mutual mendedikasikan anugerah ini kepada pemegang-pemegang unit, perunding-perunding unit amanah dan kakitangan, atas sokongan, kesetiaan dan kepercayaan kuat yang diberikan tahun demi tahun.

Saturday 15 September 2012

Apakah Kebaikan Melabur dalam Unit Amanah?

 
1) Pulangan yang tinggi – sekitar 10% ~ 20% setahun
2) Modal yang tidak hilang
3) Insuran takaful percuma
4) Pelaburan yang berlandaskan Islamik
5) Selamat – sebab ada pemegang amanah (trustee)
6) Syarikat pelaburan swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia
7) Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun
8) Pemenang terbesar bagi enam tahun berturut-turut bagi Anugerah The Edge-Lipper
9) Modal serendah RM1000.
10) Tak ada modal ? Boleh buat pengeluaran dari duit EPF ( deviden EPF tahun lepas 5.8%+- cukup sikit , Public Ittikal memberi pulangan 15.5% dan Public Islamic Equity 18% cukup2 tinggi )
11) Nak beli rumah?Tengah kumpul duit, lebih baik simpan duit yang ada di Public Mutual.Pulangan bank setiap tahun 3% cukup2 rendah

Produk Pelaburan Islam Public Mutual
- Public Ittikal Fund
- Public Islamic Equity Fund
- Public Islamic Bond Fund

Ciri-ciri Dana Berlandaskan Syariah
Wang pelabur dilaburkan dalam sekuriti saham dan instrument pelaburan yang tidak bertentangan dengan syariah. Sebagai contoh, ia tidak dilaburkan dalam saham yang terlibat dengan arak, judi, perbankan konvensional serta insuran.

Penasihat Syariah
Penasihat Syariah bagi dana-dana Islam yang diuruskan oleh public mutual ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM).

Public Dana Ittikal (PIT)
Kategori Dana: Ekuiti
Tarikh Dilancarkan: 10 April 1997
Prestasi Dana : 15.54%

Public Islamic Equity Fund (PIEF)
Kategori Dana: Ekuiti
Tarikh Dilancarkan: 28 Mei 2003
Prestasi Dana : 18.02%

Public Dana Islamic Ballance(PIB)
Kategori Dana: Ekuiti
Tarikh Dilancarkan: 27 September 2005
Prestasi Dana : 20.20%

- Kita juga boleh membuat pelaburan dengan Duit EPF kita . Deviden EPF kita pada adalah 5 hingga 6 peratus setahun. Adalah rugi jika kita biar duit kita di EPF . Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk pelaburan ini, sila hubungi saya di talian 013-5529010 (Birwan Ismail)
” Jadilah penyimpan dan pelabur yang bijak untuk masa depan kita bersama"




Badan Pemantau Pelaburan

Pelaburan Unit Amanah dikawal selia oleh pihak kerajaan dan badan pengawal seperti
 

1. Suruhanjaya Sekuriti
2. Kementerian Kewangan
3. Bank Negara
4. Persatuan Unit Amanah

Apakah Pelaburan Patuh Syariah?

Apakah Pelaburan Patuh Syariah? 
Pelaburan patuh syariah adalah pelaburan yang halal serta berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Bagi memastikan pelaburan dana tidak melanggar prinsip-prinsip Islam, setiap dana syariah dimestikan mempunyai 'Panel Penasihat Syariah' yang terdiri daripada individu yang mempunyai pengetahuan, kepakaran dan pengalaman terutamanya dalam bidang fiqh muamalah. Panel penasihat syariah ini bertanggungjawab memastikan pelaburan dana tidak dibuat dalam sekuriti syarikat yang mempunyai operasi berteraskan riba,perjudian,mengeluarkan dan menjual barangan haram serta mempunyai operasi melibatkan kegiatan yang mempunyai unsur gharar atau ketidakpastian.

Definisi Pelaburan Unit Amanah

Apakah Unit Amanah

Unit Amanah adalah skim pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang yang dilaksanakan dengan mengumpulkan wang dariapada ramai pelabur dalam satu dana dan diuruskan oleh pengurus dana secara prefesional dan sepenuh masa. Pengurus dana pula melaburkan wang yang dikumpul itu ke dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak pelabur.Pelabur-pelabur pula menikmati pulangan pelaburan mereka menerusi pengembangan modal dan dividen.