Ads 468x60px

i Luv Islam

Wednesday 19 December 2012

Hukum 72 Dalam Pelaburan

Berapa Tahun Untuk Menggandakan Wang Anda?

Andainya anda mempunyai duit sebanyak RM10 000 dan ingin dilaburkan…Agak-agaknya, bilakah duit anda ini boleh menjadi RM20 000…dan apakah instrument pelaburan yang sesuai untuk menggandakannya??

Jenis Pelaburan………….. Pulangan setahun………….. Tahun
Simpanan Tetap……………………..4%……………………    18
Bon………………………………… . 6%………………… ….   12
Unit Amanah………………………..12%…………… …… .    .6

Teknik mengganda wang anda penting jika ingin mengumpul kekayaan.
Hukum 72 menjawab soalan berapa lama masa bagi menggandakan wang sekiranya diketahui tempat ia bakal disimpan. Contoh sekiranya disimpan dalam simpanan tetap, masa yang diperlukan adalah 72/4 iaitu 18 tahun. Bagi pelaburan dalam unit amanah, masa yang diperlukan adalah 72/12 iaitu 6 tahun…

Jadi kita perlulah bijak untuk melabur agar mendapat gandaan pulangan secepat mungkin….tapi awas dengan skim cepat kaya!!!Tiada gunanya ia sampai pada sasaran tetapi kita pula sudah tua.

Contohnya jangka masa dimahukan bukannya 18 tahun tetapi 6 tahun sahaja. Daripada hukum 72, pulangan yang diperlukan ialah (72/6 = 12 peratus). Instrumen kewangan yang sesuai adalah unit trust.

3 Cara Membuat Pelaburan Dalam Unit Trust

Terdapat 3 cara untuk membuat pelaburan dalam Unit Trust Public Mutual iaitu :

1. Lump sum (sekaligus)
2. Regular savings (secara bulanan)
3. KWSP (Akaun 1 sahaja)


1. Lum sum

Lum sum bermaksud pelaburan sekali gus dalam satu amount…RM1000 atau RM10,000 atau RM100,000 tanpa melakukan pertambahan modal atau membuat penambahan. Sebarang dividen yang dibayar juga akan dilaburkan semula ke dalam modal atau anda boleh memilih untuk mengambil hasil dividen setiap tahun sebagi pendapatan pasif anda.
.
2. Regular Saving

Regular saving adalah bermaksud menyimpan secara bulanan melalui auto debit dari akaun bank / secara manual. Ianya tidak terikat pada mana-mana syarat, bergantung pada kemampuan pelabur dengan serendah minimum RM100 dengan tanpa ada tempoh matang/ikatan tertentu.

Melalui regular saving, pelabur boleh membuat pelaburan bertujuan sama ada untuk pendidikan anak, persaraan, simpanan, pelancongan, perkahwinan, membeli rumah atau sebagainya bergantung pada tujuan dan tempoh pelaburan yang anda ingini.
Kelebihan regular saving ialah anda akan membuat Ringgit Cost Averaging (RCA) di mana setiap bulan NAV (Nilai Aset Bersih) anda akan berada pada tahap purata dan ianya lebih menguntungkan bagi tempoh jangka panjang.
.
3. KWSP
Pelaburan melalui KWSP perlu memenuhi syarat-syarat tertentu seperti berikut :
  • Pengeluaran hanya dari Akaun 1 sahaja.
  • Perlu ada jumlah baki yang mencukupi (rujuk pada jadual simpanan minimum KWSP)
  • Boleh dikeluarkan setiap 3 bulan sekali selagi memenuhi syarat.
  • Minimum setiap pelaburan RM1000

Tuesday 18 December 2012

Pemenang Anugerah Dana Islamic

 
KUALA LUMPUR 15 Mei – Public Mutual Bhd. (Public Mutual), anak syarikat milik penuh Public Bank hari ini menerima Anugerah Dana Islam Failaka kategori Pengurus Dana Terbaik di Asia  daripada penasihat Failaka.

Anugerah Dana Failaka Islam ini diwujudkan oleh penasihat Failaka yang diiktiraf sebagai peneraju dalam penyelidikan dana Islam.Ia merupakan tanda aras bagi kecemerlangan dalam bidang pengurusan dana Islam dan melambangkan puncak kejayaan untuk pemenang-pemenang anugerahnya.

Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Penasihat Failaka, A. Mark J. Symth kepada beliau pada Majlis Makan Malam Anugerah Tahunan Public Mutual di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Hong Piow berkata, ini merupakan kali kedua Public Mutual menerima anugerah tersebut dan beliau amat bangga dengan pengiktirafan antarabangsa itu.
 
Anugerah ini mempamerkan komitmen Public Mutual yang sentiasa berusaha untuk memberikan nilai tambah kepada para pemegang unitnya.”Anugerah ini adalah hasil kerjasama kesemua ahli lembaga pengarah, badan pengurusan, kakitangan, pasukan agensi dan pemegang-pemegang unit Public Mutual atas semangat mereka yang membantu Public Mutual mencapai kecemerlangan ini,”
 
katanya ketika berucap di majlis tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 62 dana untuk lebih 1,800,000 pemegang akaun. Sementara itu, Symth berkata, Public Mutual menunjukkan prestasi konsisten dalam menguruskan dana-dana berlandaskan Syariah dan ini terbukti dalam pulangan dana-dananya.

Pada majlis ini, Public Mutual turut memberi penghargaan kepada kakitangan yang melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang 2007.Antara mereka ialah Steven Lim, Grace Loo, Adi Sasteria Nurputra, Joseph Chan Yew Hong, Hismazaitul Azmy dan S. Ramachandran P. Seevaratnam.


Public Mutual Pemenang Anugerah Terbanyak


Anak syarikat Public Bank, Public Mutual memenangi 8 dari 35 anugerah Anugerah dana Malaysia The Edge-Lipper yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 februari 2012. Ini merupakan tahun ke 9 berturut-turut Public Mutual muncul sebagai pemenang terbesar dimajlis anugerah tersebut.

Ketua pegawai eksekutif, Yeoh Kim Hong berkata Public mutual berasa bangga atas pencapaian cemerlang syarikat ini walaupun pasaran meruap di tahun 2011. ” anugerah-anugerah ini merupakan bukti jitu komitmen berterusan Public Mutual dalam mencapai prestasi cemerlang untuk dana-dana kami serta memenuhi keperluan yang pelbagai untuk pemegang-pemegang unit kami ” kata beliau.

Dengan memenangi anugerah ini, Public Mutual telah menerima sebanyak 186 anugerah industri. Public Mutual mendedikasikan anugerah ini kepada pemegang-pemegang unit, perunding-perunding unit amanah dan kakitangan, atas sokongan, kesetiaan dan kepercayaan kuat yang diberikan tahun demi tahun.