Ads 468x60px

i Luv Islam

Tuesday 18 December 2012

Public Mutual Pemenang Anugerah Terbanyak


Anak syarikat Public Bank, Public Mutual memenangi 8 dari 35 anugerah Anugerah dana Malaysia The Edge-Lipper yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 februari 2012. Ini merupakan tahun ke 9 berturut-turut Public Mutual muncul sebagai pemenang terbesar dimajlis anugerah tersebut.

Ketua pegawai eksekutif, Yeoh Kim Hong berkata Public mutual berasa bangga atas pencapaian cemerlang syarikat ini walaupun pasaran meruap di tahun 2011. ” anugerah-anugerah ini merupakan bukti jitu komitmen berterusan Public Mutual dalam mencapai prestasi cemerlang untuk dana-dana kami serta memenuhi keperluan yang pelbagai untuk pemegang-pemegang unit kami ” kata beliau.

Dengan memenangi anugerah ini, Public Mutual telah menerima sebanyak 186 anugerah industri. Public Mutual mendedikasikan anugerah ini kepada pemegang-pemegang unit, perunding-perunding unit amanah dan kakitangan, atas sokongan, kesetiaan dan kepercayaan kuat yang diberikan tahun demi tahun.

0 comments:

Post a Comment