Ads 468x60px

i Luv Islam

Wednesday 19 December 2012

3 Cara Membuat Pelaburan Dalam Unit Trust

Terdapat 3 cara untuk membuat pelaburan dalam Unit Trust Public Mutual iaitu :

1. Lump sum (sekaligus)
2. Regular savings (secara bulanan)
3. KWSP (Akaun 1 sahaja)


1. Lum sum

Lum sum bermaksud pelaburan sekali gus dalam satu amount…RM1000 atau RM10,000 atau RM100,000 tanpa melakukan pertambahan modal atau membuat penambahan. Sebarang dividen yang dibayar juga akan dilaburkan semula ke dalam modal atau anda boleh memilih untuk mengambil hasil dividen setiap tahun sebagi pendapatan pasif anda.
.
2. Regular Saving

Regular saving adalah bermaksud menyimpan secara bulanan melalui auto debit dari akaun bank / secara manual. Ianya tidak terikat pada mana-mana syarat, bergantung pada kemampuan pelabur dengan serendah minimum RM100 dengan tanpa ada tempoh matang/ikatan tertentu.

Melalui regular saving, pelabur boleh membuat pelaburan bertujuan sama ada untuk pendidikan anak, persaraan, simpanan, pelancongan, perkahwinan, membeli rumah atau sebagainya bergantung pada tujuan dan tempoh pelaburan yang anda ingini.
Kelebihan regular saving ialah anda akan membuat Ringgit Cost Averaging (RCA) di mana setiap bulan NAV (Nilai Aset Bersih) anda akan berada pada tahap purata dan ianya lebih menguntungkan bagi tempoh jangka panjang.
.
3. KWSP
Pelaburan melalui KWSP perlu memenuhi syarat-syarat tertentu seperti berikut :
  • Pengeluaran hanya dari Akaun 1 sahaja.
  • Perlu ada jumlah baki yang mencukupi (rujuk pada jadual simpanan minimum KWSP)
  • Boleh dikeluarkan setiap 3 bulan sekali selagi memenuhi syarat.
  • Minimum setiap pelaburan RM1000

0 comments:

Post a Comment